AsSaLAmuALaikuM....

SeLamat Datang ke bLoG IGG...

INTRAPERSONAL GROWTH GROUP

Intrapersonal Growth Group (IGG) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)

Saturday, November 22, 2008

Peraturan IGG

-Ahli perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain.
-Rahsia ahli adalah bersama.
-Ahli dilarang memperlekehkan ahli lain.
-Ahli perlu mengambil tahu antara satu sama lain.
-Ahli perlu menerima diri antara satu sama lain seadanya.

Wednesday, November 05, 2008

OBJEKTIF IGG

Memberi peluang kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar JMTi untuk mengenal dan membangunkan diri dan potensi yang mereka miliki.

Menjadi medium bagi ahli meluahkan masalah dan perkara yang membelenggu mereka dan mencari kaedah-kaedah penyelesaian bagi sesuatu konflik yang timbul.

Membina jati diri pelajar agar mereka mampu untuk berhadapan dengan tekanan dan cabaran dalam kehidupan mereka.

Menggalakkkan perkongsian maklumat dan pendapat sesama ahli serta merehatkan minda melalui aktiviti yang dijalankan.

Menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur dalam suasana kekeluargaan.




PENGENALAN IGG

Intrapersonal Growth Group (IGG) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan untuk membantu para pelajar membentuk jati diri yang lebih cemerlang dan membantu mereka meneroka potensi dalam diri mereka sendiri.

Bersesuaian dengan nama kelab ini, IGG akan lebih menumpukan kepada pembangunan diri pelajar serta membina kendiri, menggilap potensi diri, membentuk sikap dan reaktor diri yang lebih positif dan menyemai displin serta jati diri yang lebih teguh.

Aktiviti kelab ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali diri mereka sendiri dan menyelesaikan segala bentuk konflik dalaman yang terdapat dalam diri mereka.